Hiburan

Kerap BeIi CharKueyTeow, Doktor Berjodoh dgn Peniaga, Sekali Adik Dedhkan Sesuatu

Jodoh itu rahsia Tuhan. Jika si dia sudah ditetapkan sebagai pasangan kita, pastinya kedua-dua pihak akan terbuka hati untuk menerima.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Haida Hairol.

Ia apabila dia berkongsi kisah perkenalan abangnya dengan kakak iparnya yang merupakan seorang doktor.

Menurut gadis itu, pertemuan mereka bermula apabila kakak iparnya kerap datang ke gerai dan abangnya mencuba nasib untuk berkenalan.

Video pasangan tersebut yang segak berpakaian pengantin dengan mempelai lelaki sedang memasak Char Kuey Teow telah tular di media sosial.

Ia selepas ditonton lebih dari 2 juta viewers kurang dari sehari selepas dimuat naik.

Tambah Haida lagi, abangnya pada awalnya berasa segan dengan kakak iparnya memandangkan wanita itu berkerjaya hebat.

Namun, rupanya mereka saling cinta dan akhirnya memutuskan untuk melanjutkan hubungan ke fasa yang lebih serius.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Doktor selalu singgah beli char kuey

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif dengan menyatakan jodoh itu tak kenal siapa.

Mereka juga sempat berseloroh menanyakan sama ada perlu atau tidak menjadi peniaga char kuew teow demi mencari jodoh buat yang masih bujang.

   

Abang hensem kot, doktor penat2 balik kerja happy sikit suami helok

  

Dah ada bini masak pun tumpah2

  

Sikit lagi berniaga ada restoran la tu

  

Tonton Video

Sumber : haidahrl / budaksitu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.