Info Semasa

Keretaapi Tak Berhenti, 100 Pelajar SMK Dabong Terp4ksa ‘P0nteng’

Sesi persekolahan secara bersemuka buat kali pertama selepas Kelantan memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi pelajar di Kampung Kuala Gris di sini terb4ntut selepas kereta api yang menjadi pengangkutan utama mereka tidak berhenti di hentian tersebut pagi tadi.

Situasi itu menyebabkan kira-kira 100 pelajar di hentian Kuala Gris di sini tidak dapat mengikuti sesi persekolahan hari pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong hari ini.

Mengikut jadual, kereta api itu sepatutnya berhenti di stesen Kuala Gris pada pukul 6.59 pagi dan tiba di Dabong kira-kira 20 minit, namun pemandu tren tidak berbuat demikian.

Bagimanapun pelajar tetap setia menunggu sehingga pukul 7.30 pagi sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu, KTMB ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan si4satan lanjut akan dilakukan dengan penuh teliti.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong, Siti Masitah Mat Nasir, 18, berkata, pagi ini dia bersemangat bangun seawal jam 5 pagi untuk ke sekolah.

Hari pertama mestilah seronok dan teruja tetapi sedih bila kereta api tidak berhenti.

Saya nak ke sekolah sukar kerana ibu dan ayah sudah keluar bekerja jadi terpaksalah pulang ke rumah sahaja, katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, dia dan rakan-rakan lain mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Sementara itu, Penghulu Mukim Kuala Gris, Badrul Shahudin ketika ditemui di lokasi berkata, beliau telah menghubungi pihak Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) memaklumkan kejadian tersebut.

Saya pun terkejut dengan kejadian pagi ini dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Jika dahulu kereta api lama ia boleh patah balik tetapi Tren Diesel Multiple Unit (DMU) ini dah tidak boleh berbuat demikian, katanya

Menurutnya, diharap perkara ini tidak berulang kerana hari ini hari pertama persekolahan di Kelantan dan mereka sangat teruja.

“Pengurus Wilayah Timur akan mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah dan penghulu untuk membincangkan perkara ini,” katanya.

Dah baca, jangan lupa untuk like, komen dan share ya. Terima kasih dan kami menghargai sokongan anda.

Sumber : mediaportal/sinarharianonline

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.