Info Keluarga

Pilu, Bakal pengantin ini menghembuskan nafas terakhir ketika baca Al Quran

Bakal pengantin ini menghembuskan nafas terakhir ketika baca Al Quran.SEORANG gadis menjadi bualan netizen apabila menghembuskan nafas terakhir sedang membaca Al-Quran selepas menunaikan solat Subuh, Khamis lalu.

Lebih memilukan, gadis itu yang dikenali sebagai Aisyah Bahar, 22, itu dikatakan rebah dan meninggal dunia di pangkuan ayahnya.

Menurut sumber keluarga, pelajar Universiti Islam Hasanuddin, Makassar itu bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi.

“Meninggal setelah solat subuh, sedang membaca ayat Al-Quran. kondisinya sedang puasa sunnah. Akhir hayatnya mengucap Laa ilaaha illallah. Innalillah..Padahal beliau sebentar lagi akan menikah,” ujar Andi Wahyuni yang juga merupakan sepupu paling rapat arwah.

Sementara itu, ayah Aishah iaitu Andi Bahar Jufri menceritakan, pada malam kejadian anaknya itu memaklumkan mahu berpuasa sunat Hari Khamis.

Aisyah bersama ibu bapanya.

“Selepas selepas bersahur, kami pergi sembahyang Subuh berjemaah di masjid. Sebaik sahaja pulang dari masjid, arwah meminta izin untuk memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran sambil saya memeriksa bacaaannya.

“Hanya dalam beberapa ayat, arwah rebah secara tiba-tiba dipangkuan saya sebelum mengucap dua kalimah syahadah dan meninggal dunia,” ujarnya.

Menurut Bahar, selama ini arwah tidak pernah mengalami penyakit yang serius, namun sehari sebelum kejadian arwah mengadu sakit kepala.

Dah baca, jangan lupa untuk like komen dan share yaa. Terima kasih atas sokongan yang anda berikan

Sumber : inforakyat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.