Info Keluarga

Terlalu Besar Terpaksa Guna Lori, Rezeki Mak Ayah Dapat Kejvtan Dari Anak

Jambangan bunga duit sering kali menjadi pilihan orang ramai untuk dijadikan sebagai hadiah buat insan tersayang. Tldak kiralah berapa njumlah duit yang diselitkan, ia pasti akan dihias dengan cantik serta menarik dengan untuk dijadikan sebagai satu kejutan pada insan yang istimewa.

Itulah yang dilakukan seorang anak yang tinggal jauh diperantauan apabila menghadiahkan satu jambangan duit buat ibu bapanya.

Jambangan buat ibu ayah duit gergasi Lebih Lebih mengejutkan, saiz jambangan yang yang terlalu besar dan berat itu membuatkan ia terpksa dibawa menaiki sebuah lori ketika hendak dihantar kepada penerimanya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @noraziemahahmad memaparkan satu jambangan besar beserta gulungan bernilai RM10 sedang diangkut dari sebuah lori.

Video:

Anak yang baik, bahagiakan mak ayah. Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata rata warganet terasa kagum sekaligus sebak akan perkara tersebut. Malah, mereka turut mendoakan agar anak tersebut dimurahkan rezeki selain memuji jambangan duit tersebut.

Komen Netizen:

Memang ada benarnya, segala nikmat rezeki yang kita miliki itu sebenarnya datang dari berkat doa dan keredhaan dari seorang ibu. Ia bukanlah hasil usaha kegigihan kita semata-mata. Sementara mak dan ayah masih hidup, rebutlah peluang berbakti dan membahagiakan mereka.

Lebih-lebih lagi jika sedang menjaga mak ayah yang sedang sakit. Ia memang tak mudah, namun belajarlah untuk tidak mengeluh. Percayalah keberkatan dalam kehidupan akan hadir daripada doa tulus dan keredhaan mak ayah.

Jemput hadam perkongsian bermanfaat, secebis pengalaman kisah hidup daripada Puan Ruhaiza Rusmin sebagai panduan buat kita.

Arwah mak saya meninggal dunia pada 2004 akibat kanser. Sejak disahkan menghidap kanser paru-paru pada 2001, kesihatannya mula turun naik. Sepanjang tempoh itu, arwah menjalani rawatan kemoterapi selain kami berusaha secara alternatif. Dan alhamdulillah, walaupun doktor jangka hayat arwah cuma setahun tapi arwah mak saya survived hingga 3 tahun.

Sepanjang arwah mak sakit, selain abah dan adik-adik yang menjaganya, saya dan suami juga akan mengambil alih tugas itu sekiranya arwah buat kemoterapi di HKL atau HUKM. Penat menjaga orang sakit ni tapi suami saya akan marah kalau saya merungut. “Itu emak awak tau.Bukan kawan-kawan awak. Jangan sesekali mengeluh depan mak” katanya.

Suatu hari semasa di kampung, arwah mak saya terbuang air besar di atas katil manakala najisnya juga jatuh bersepah. Tahu apa suami saya lakukan? Dia mengelap najis itu tanpa rasa jijik dan menyuruh saya membersihkan arwah mak di bilik air. Sewaktu memandikannya, arwah mak berulang kali minta maaf tapi saya katakan,

“Buat apa nak minta maaf. Mak bukan buat salah pun. Sekadar terbuang najis, benda kecil je”

Mak Menangis & Berdoa

Ketika itulah juga saya lihat arwah mak saya menangis dan dia berdoa dengan kata-kata yang tak mungkin kami lupakan sampai bila-bila.

” Ya Allah..ini adalah anak-anak aku yang berbakti kepada aku sepanjang aku sakit. Ini adalah anak-anak aku yang tidak pernah berkeluh kesah.Anak-anak aku yang sanggup mengotorkan tangan untuk najisku. Aku berikan keredhaanku sebagai seorang ibu dan Kau limpahkanlah seluas-luas rezeki dan kekayaan pada mereka hasil bakti mereka padaku”.

Saya dan suami terus terkedu bila mendengarnya!

Tiga minggu selepas itu arwah mak saya meninggal dunia dengan kata-kata akhirnya yang disampaikan pada abah bahawa dia sudah mengampunkan semua dosa anak-anak, menghalalkan segala pengorbanan serta air susunya. Anak-anak tidak berhutang satu dosa pun padanya.

Berkat Doa Dan Keredhaan Ibu

Untuk sahabat yang bertanya itu…inilah kisah bagaimana kehidupan saya bertukar. Bukan kerana saya kahwin dengan anak orang kaya kerana suami saya bukan anak yang suka menumpang pada kesenangan ibu ayah. Tapi kami merasai segala nikmat rezeki itu sebenarnya datang dari berkat doa dan keredhaan seorang ibu!

Saya selalu nasihatkan pada sesiapa, jangan berkira langsung dengan ibu bapa. Bukan mahu membangga diri tapi sejak saya kahwin, saya langsung tidak ambil kesah berapa yang suami saya peruntukkan untuk ibunya. Berilah berapa saja dan saya tak pernah buka mulut.

Pernah satu ketika, suami beritahu dia mahu memberi semua duit hasil penjualan ayam pada ibunya sebagai hadiah. Memang ada rasa sedikit terkilan tapi suami saya beritahu, redhalah.. Nanti akan ada rezeki yang lebih luas untuk kami.

Berbaktilah Pada Mak Ayah

Sebenarnya, untuk memperoleh pahala, tidak perlu kita mengangkat senjata di medan perang sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua, berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet atau seperti kebudak-budakkan yang mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati, berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu.

Saya dan suami percaya rezeki itu datang dari Allah tapi kami juga percaya doa dan keredhaan ibu bapa jugalah yang akan membuka lorong-lorong rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan inshaAllah mereka akan mendoakan yang terbaik untuk kita. Percayalah!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : sinarviral

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.