Info Keluarga

Suami tak boleh move on isteri dah lama men1nggal, seminggu sekali pasti ‘borak’ dengan arw4h di kubvr – “Kalau hujan abah teriak”

ASSALAMUALAIKUM Milah, abang mai (datang) dengan adik ni… abang balik ya Milah. Abang harap hang tenanglah.”

Begitulah bait-bait yang diungkapkan oleh seorang warga emas ketika menziarahi pusara isterinya, yang cukup meruntun hati netizen.

Menurut Norsuhaida Che Omar, lelaki warga emas berkenaan merupakan bapanya, Che Omar Ishak, 66, dan video tersebut dirakam ketika mereka menziarahi pusara ibunya, Allahy4rham Jamilah Saad, Khamis baru-baru ini.

Berkongsi cerita, wanita yang senang disapa sebagai Eida ini berkata, ibunya men1nggal dun1a akib4t mender1ta k4nser hidung.

abah 2

“Sebaik saja mak pencen sebagai seorang kakitangan kerajaan pada 2016, dia disahkan mengh1dap k4nser hidung.

“Empat tahun bergelut dengan peny4kit itu, pada 25 Jun 2020 mak menghembuskan nafas terakhir. Pemergian mak mengejutkan kami sekeluarga dan paling terkesan tentunya abah.

“Abah ada masalah penglihatan sejak 2010 kerana katarak. Dah jalani pembedahan namun keadaannya masih sama.

“Jadi abah memang 100 peratus bergantung dekat mak. Kiranya mak la ‘mata’ abah. Sebab itu abah adalah orang yang paling terasa kehilangan selepas pemergian mak,” cerita wanita berusia 38 tahun ini.

Bapa Eida berubah menjadi seorang yang pendiam selepas pemergian ibunya.

Menurut Eida yang merupakan seorang Pembantu Peraw4tan Kesihatan (PPK) di sebuah hospital di Pulau Pinang, selepas kem4tian ibu mereka lebih setahun lalu, dia dan sembilan adik beradiknya yang lain berperanan sebagai ‘mata’ kepada bapa mereka.

“Abah tak suka bertongkat…. dia lebih selesa berpaut kepada mak atau adik beradik. Setiap minggu kalau ziarah kubvr, adik saya yang nombor empat akan teman abah selepas pulang kerja kerana dia menetap bersama abah.

“Khamis baru-baru ni saya pula bawa abah ke kvbur. Saya rakam video sebagai kenangan, memang tak sangka abah keluarkan ayat macam tu dan menangis.

abah 3

Eida bersama bapa dan adik beradiknya bergilir menjaga ibu mereka di hospital.

“Abah memang tak boleh ‘move on’ sejak mak tiada. Betapa sayangnya abah pada mak kerana arw4h seorang isteri yang taat. Tak pernah cakap ‘tidak’ pada setiap kata-kata abah,” ujar anak ketiga daripada 10 adik beradik ini.

Menurut Eida, bapanya berubah menjadi seorang yang pendiam dan hanya menghabiskan masa di dalam bilik dan rumah.

“Abah langsung tak keluar rumah kecuali pada petang Khamis setiap minggu untuk ziarah pusara mak. Sampai sekarang abah tak ‘missed’. Kalau ‘missed’ contohnya sebab hujan lebat, dia mesti teriak (menangis).

Betapa sayangnya abah pada mak kerana arw4h seorang isteri yang taat. Tak pernah cakap ‘tidak’ pada setiap kata-kata abah.

NORSUHAIDA CHE OMAR

“Rutin abah setiap hari sembahyang, mandi, makan, tidur dan pergi ke kubur setiap petang Khamis. Namun selepas lebih setahun ulang rutin yang sama, baru-baru ini saja barulah mood abah berubah.

“Abah ajak kami bawanya keluar jalan-jalan. Kami bawa pergi IKEA, makan mi udang dan sebagainya. Mana-mana tempat yang abah teringin, kami bawa.

“Kami gembira sangat abah ceria dan tak macam dulu… namun sebenarnya, jauh di sudut hati, timbul juga rasa takut sebab terlintas perkara bukan-bukan kerana abah tunjukkan kelainan. Namun kami berdoa moga dijauhkan perkara yang tak elok,” katanya.

abah 4

Kenangan hari raya terakhir Eida bersama bapa dan arw4h ibunya.

Tidak menyangka perkongsian videonya di TikTok meraih melebihi 547,000 jumlah tontonan, Eida berkata dia terharu dengan komen positif yang dilontarkan netizen.

“Ramai yang ikut seb4k sekali tengok video abah. Mereka doakan abah dan puji kesetiaan abah. Memang mak ni kiranya cinta abah hingga hujung nyawa.

“Saya tak sempat nak balas komen mereka namun ucapkan terima kasih kerana mendoakan abah dan turut mendoakan arw4h mak saya,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : sinarviral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.