Info

Diva AA Dikejarkan Ke ICU! Peminat Titip Doa Kesembuhan

Pengacara terkenal dan pelakon sensasi bermulut lantang, Azwan Ali, dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan beberapa hari lalu.

Sempat memuat naik status di Twitter, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA berharap kesihatannya kembali pulih serta mengatakan peminat tidak perlu risau.

“Diva AA kini dimasukkan ke Hospital Pantai kerana keracunan makanan! Jangan risau! Semoga cepat sembuh,” tulisnya.

Menerusi perkongsiannya itu, Diva AA turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan tangannya dimasukkan drip air.

Perkongsian Diva AA itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mendoakan agar pengacara itu diberikan kesembushan serta dipermudahkan segala urusan.

Namun, seperti sudah disangka ada juga komen negatif dilemparkan oleh netizen terhadap pengacara itu.

“Baguslah masuk hospital. Lama sikit pun tak apa. Aman dunia. Itu baru keracunan makanan, belum lain-lain,” tulis netizen.

Sementara itu, dalam perkongsian terbaru Azwan memaklumkan dia sudah pun dibenarkan keluar dari wad semalam.

Menerusi laman Twitter, Diva AA berkongsi foto tangannya yang dimasukkan ‘drip’ air

Pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Akibat Keracunan Makanan

Ia berIkutan Diva AA mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Menerusi laman Twitter, Diva AA berkongsi foto tangannya yang dimasukkan ‘drip’ air di sebuah pusat perubatan swasta.

“Diva AA kini dimasukkan ke Hospital Pantai kerana keracunan makanan! Jangan risau! Semoga cepat sembuh”-kongsi Diva AA

Peminat Titip Doa

Menjengah ke ruangan komen, ianya dibanjiri dengan komen peminat yang mendoakan agar pengacara itu diberikan kesembuhan dengan segera.

“Syafakallah Diva AA. Semoga diberikan kesembuhan dan segera sembuh. InshaAllah. Aminn.”

“Semoga dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikembalikan kesihatan seperti sediakala oleh Allah.”

“Get well soon & speedy recovery” komen mereka

Bagaimanapun, Diva AA tidak menjelaskan secara terperinci mengenai punca penyakitnya itu dan kini dalam proses rawatan lanjut.

Sumber : muraimy/gosiprawak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.