Info

Dollah Salleh terlibat kem4langan, Vellfire masuk gaung. Ini keadaan terkini Dollah Salleh

KUALA PILAH – Bekas jurulatih kebangsaan yang kini mengendalikan pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh dan keluarga terlibat kemalangan apabila Toyota Vellfire yang dinaiki terbabas ke dalam gaung di kilometer lapan Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Dollah Salleh, 59, yang merupakan penumpang kenderaan mengalami sakit di bahagian tengkuk manakala tujuh yang lain dipercayai keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati, semasa pemandu Muhammad Shafiq Shukaimi, 34, serta penumpang termasuk bayi lelaki berusia sembilan bulan dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah, Pahang menuju ke Shah Alam, Selangor.

“Apabila sampai di tempat kejadian ketika sedang bergerak terus di laluannya, tiba-tiba kenderaan yang dipandu telah hilang kawalan, lalu terus terbabas ke bahu jalan laluan arah bertentangan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Dollah (berdiri) bersama keluarganya selepas terbabit kemalangan. Gambar kiri keadaan kenderaan dipercayai dinaiki pengendali Sri Pahang itu. FOTO Ihsan Pembaca

Sementara itu, gambar dan keadaan bekas pengendali Harimau Malaya itu terbabit dengan kemalangan tular di media sosial.

Menerusi gambar terbabit kelihatan Dollah dan ahli keluarga dalam keadaan selamat sebelum mereka dibawa ke hospital menggunakan ambulan.

Malah, tindakan pantas orang ramai termasuk penduduk kampung berhampiran menghulurkan bantuan awal menyelamatkan mereka daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Difahamkan, kemungkinan Dollah dan keluarga dalam perjalanan pulang ke Kuantan, Pahang, sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Sementara itu, Arena Metro ketika menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kemalangan terbabit namun tiada mangsa yang tersepit manakala mereka sudah pun dibawa ke hospital.

Dollah (kiri) mendapatkan rawatan daripada anggota perubatan.

Sedikit info tentang Dollah Salleh

Dollah Salleh (lahir 23 Oktober 1963) merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia.

Memulakan kerjaya sebagai pemain pada 1985, Dollah menjadi antara penyerang yang digeruni apabila menyertai Selangor. Beliau kemudian membentuk gandingan mantap bersama Zainal Abidin Hassan. Bersama-sama Zainal dan Fandi Ahmad, mereka membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia pada 1992.[1]

Bersama Malaysia, Dollah berjaya memenangi pingat emas Sukan Asia Tenggara 1989 dan Pestabola Merdeka pada 1993. Beliau juga membuat penampilan pada edisi pertama Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada 1996. Beliau kemudian bersara sebagai pemain profesional selepas berakhirnya liga pada 1998.

Pada tahun 2003, Dollah kembali ke arena bola sepak tempatan sebagai jurulatih pasukan Selangor MPPJ. Beliau mencipta sejarah apabila membawa MPPJ muncul juara Piala Malaysia pada 2003. Beliau kemudian membawa MPPJ ke Liga Super setelah MPPJ muncul juara Liga Perdana pada 2004.

Pada tahun 2005, Persatuan Bola Sepak Selangor membawanya menyertai Selangor. Pada tahun pertamanya bersama Selangor, beliau membawa Selangor menjuarai juara tiga piala (Liga Perdana Malaysia, Piala FA Malaysia, dan Piala Malaysia). Musim berikutnya, Dollah gagal membawa Selangor menjuarai sebarang piala.

Pada tahun 2009, beliau menandatangani kontrak bersama Shahzan Muda. Pada Mei 2009, Pahang mendapatkan khidmatnya untuk membaiki prestasi pasukan Pahang yang mer0sot teruk.

Sumber : limauasamboi

Leave a Reply

Your email address will not be published.