Info

SubhanaIIah.. Jen4zah Berzikir Sebut LAAILAHAILLALLAH DaIam Ker4nda Sepanjang PerjaIanan Ke Sebuah Masjid Di Tanjong Karang..

Tular Jenazah Berzikir Sebut LAAILAHAILLALLAH Dalam Keranda Sepanjang Perjalanan Ke Sebuah Masjid Di Tanjong Karang

Saya terpanggil untuk berkongsi satu kisah dilalui oleh rakan sukarelawan sewaktu menghantar jen4zah. Di sebalik kisah yang dikongsikan ini pasti akan ada segelintir pihak yang mengatakan ianya sengaja direka. Kononnya untuk menaikkan nama UKVJ atau “Strategy Marketing”.

Ini tanggapan sesetengah pihak yang tidak percaya terhadap Kebesaran Yang Maha Esa.
Saya tidak perlu mereka satu cerita menarik sebagai modal untuk dikenali. Atau menulis kisah t1pu semata mata hendakkan perhatian dari pembaca.

Saya punya satu pendirian. Dan pendirian saya itu masih kekal sehingga kini. Saya mahu UKVJ dikenali disebabkan perkhidmatan pengurusan jen4zah yang ditawarkan. Bukan kerana perkara lain.

Memang pencetus UKVJ datangnya dari saya. Tetapi tanpa sokongan rakan rakan yang lain. Tanpa pengorbanan dari semua rakan rakan. Sudah tentu UKVJ tidak akan dikenali seperti yang anda lihat pada hari ini.

Pertama kerana mahu memudahkan urusan terakhir jenazah. Kedua kerana Allah Taala. Bagi saya dunia fardhu kifayah bukan platform untuk mengejar “Glamour”. Jika saya mahu dikenali.. Rasanya bukan bidang pengurusan jen4zah yang akan saya pilih. Tetapi bidang lain. Contohnya masuk pertandingan raja lawak. Ok jom ikuti kisah tentang tajuk penulisan saya diatas.

Pengalaman yang dilalui oleh rakan sukarelawan itu berlaku sewaktu dalam perjalanan menghantar jen4zah. Lokasi penghantaran yang dituju ketika itu adalah ke Tanjung Karang.

Jen4zah berzikir menyebut Kalimah LAAILAHAILLALLAH!

Kejadian berlaku jam menujukkan pukul 08.35 malam. Bermaksud selepas waktu isyak. Rakan sukarelawan yang sedang memandu. Rakan yang duduk di kerusi bahagian kepala jen4zah. Dan rakan yang duduk belakang sekali di bahagian kaki jen4zah turut sama terdengar.

Bunyi suara itu boleh didengari dengan agak jelas walaupun sayup sayup. Selepas diamati suara zikir tersebut datangnya dari dalam keranda! Rakan sukarelawan yang mendengar hanya mendiamkan diri.

Suara berzikir sayup sayup itu berterusan sepanjang jalan. Berhenti sebentar kemudian bunyi yang ada kembali kedengaran. Dan bunyi itu hanya berhenti setelah van yang membawa jenazah tiba di sebuah masjid.

Setibanya di masjid rakan sukarelawan terus menurunkan jen4zah dan meletakkan di dalam ruang masjid. Tugasan pada malam itu berakhir kerana pengurusan seterusnya diambil alih oleh pihak masjid.

Dalam perjalanan pulang barulah seorang dari rakan yang ada didalam van membuka cerita. Rupa rupanya 2 orang lagi rakan sukarelawan turut terdengar. Cumanya mereka tidak mahu bertanya sesama sendiri tentang bunyi suara tersebut.

Pada mulanya masing masing menyangka hanya mereka seorang sahaja terdengar. Sebab itu masing masing hanya berdiam. Jika anda ingin tahu.

Kisah tentang jen4zah yang berzikir ini sebenarnya telah saya tulis setelah jen4zah selesai dihantar ke masjid pada malam itu. Tetapi di akhir penulisan secara tiba tiba handphone saya term4ti dengan sendiri. Tidak sempat saya nak tekan butang share.

Alahai. Sak1t betul hati masa tu. Part last tup tup handphone jem. Bila on semula paham paham sudah la. Habis hilang apa yang sudah dikarang.

So kisah tentang jenazah itu tidak saya kongsikan pada malam tersebut. Terhenti begitu sahaja. Rupanya baru saya tahu. Ada kisah lebih menarik yang sedang berlaku pada jen4zah tersebut. Seperti belum diizinkan untuk saya berkongsi kisah tentang arwah pada malam itu.

Jen4zah berzikir dalam perkongsian saya ini adalah seorang lelaki bujang berusia 39 tahun. Arw4h meningg4l dunia selepas 3 hari dimasukkan ke Hospital Klang kerana strok dan tekanan dar4h tinggi.

Arw4h masih bujang dan sangat muliakan ibu dan adik beradiknya
Pada mulanya arw4h hanya mengalami masalah tekanan dar4h tinggi. Tetapi tidak lama kemudian arw4h dis3rang strok dan mengakibatkan lumpuh dibahagian sebelah badan. Sejak lumpuh arw4h hanya mampu terbaring dan dijaga oleh adik beradiknya.

Dikatakan arw4h adalah tulang belakang didalam keluarganya. Arwah yang menyara ibu dan 8 orang adik beradiknya ketika masih sihat. Anak kedua dari 9 orang adik beradik itu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya 16 tahun yang lalu.

Arwah berkerja sebagai petani dan membuat kerja kerja kampung demi meneruskan kelangsungan hidup keluarganya. Jelas arwah adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Ibu dan adik beradiknya ditatang bagai minyak yang penuh. Saya yakin arw4h juga korbankan masa remajanya demi untuk menyara keluarga. Apalagi yang arwah lakukan semasa hidup tidak kami ketahui.
Tetapi dari pengakhiran yang terlihat pastinya banyak perkara kebaikan yang telah dilakukan ketika hidupnya.. Allah temukan kami dengan arw4h untuk di uruskan jasadnya. Jasadnya telah kami mandi dan kafankan sebaik yang mungkin. Kemudian sewaktu perjalanan terakhirnya.

Allah tunjukkan pula Kebesaran-NYA kepada kami. Masya Allah. Betapa hebatnya Allah Yang Satu. “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

Share jika posting ini bermanfaat! Sumbangan anda sangat kami perlukan demi kelangsungan operasi
Unit Khas Van Jen4zah

Salurkan ke nombor akaun seperti yang tertera di bawah :-
8603746447 CIMB BANK PERTUBUHAN UKHUWAH KEBAJIKAN VAN JELATA SELANGOR

Menurut fb Mr Wan Cai lagi, selepas dirinya berkongsi posting di atas, ahli keluarga kepada waris ada menyatakan tambahan info. Mereka menyifatkan arw4h seornag yang baik dan tak pernah berkata tidak pada orang yang meminta pertolongannya. Dan kerana itulah Allah memuliakan dirinya biar sudah tiada.

Sumber :  tambahkeju

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.