Info

Ulama tertua Malaysia, Tuan Guru Haji Ahmad Isa Yahya meninggal dunia

Ulama tertua di Malaysia, Tuan Guru Haji Ahmad Isa Yahya meninggal dunia pada usia 104 tahun, hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di kediamannya di Gerik, Perak akibat sakit tua.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat dunia dakwah bukan sahaja di Malaysia, bahkah di seluruh Nusantara.

Dikahirkan sekitar tahun 1917, Allahyarham mendapat pendidikan awal di pondok sekitar Patani di antaranya Pondok Dala sebelum berangkat ke Mekah dalam usia 19 tahun.

Selepas pulang dari Mekah, beliau belajar semula di Patani dengan memasuki Pondok Mak Enggol.

Selain daripada itu, beliau juga sempat melazimi dan berguru dengan Tuan Guru Haji Saad Mogoi dan Tuan Guru Haji Yahya Kupang. Antara guru-gurunya termasuklah Tok Dala al-Fathani, Tuan Guru Haji Hassan Mak Enggol, Tuan Guru Haji Yahya Kupang, Tuan Guru Haji Saad Mogoi, Pak Da Eil Mekah, Syeikh Abdul Qadir al-Mandili, Sayyid Alwi Bin Abbas al-Maliki, Sayyid Muhammad Amin al-Kutbi, Syeikh Haji Abdul Rahim al-Kalantani, Cher Pak Ya al-Ramani, dan Tuan Guru Haji Abdul Ghani Bentong.

Tuan Guru Haji Isa merupakan di antara orang yang terawal ke Mekah. Beliau bersahabat baik dengan Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik dan Syeikh Toyyib al-Makki.

Beliau pernah mendirikan sebuah pondok di Betong bersama adiknya, Tuan Guru Haji Abdul Karim Bin Yahya dan iparnya, Tuan Guru Baba Man Bentong pada tahun 1977 dengan nama Pondok Darussa’adah di Cabang Tiga, Ramong, Betong, Jala.

Namun, pondok berkenaan hanya sempat beroperasi selama 4 tahun sahaja sebelum diarahkan tutup oleh pihak berkuasa Thailand.

Tuan Guru yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ayah disifatkan sebagai seorang ulama’ yang sangat tawaduk dan wara’.

Waktu sihatnya, beliau tidak pernah tinggal solat berjemaah di Masjid Gerik. Beliau juga mengajar di masjid berkenaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya usuluddin.

Semoga Allah merahmati roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah..

Sumber : wowberitamy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.