Info

Pemandu Nissan Navara langg4r Toyota Vellfire ‘lalok’ dad4h

BENTONG: Pemandu pacuan empat roda, Nissan Navara yang terlibat kemalangan dengan Toyota Vellfire hingga menyebabkan empat sekeluarga maut di simpang empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di sini hari ini disahkan positif dadah jenis opiate, amphetamine dan methamphetamine.

Difahamkan, polis turut menemukan tiub straw lutsinar pada pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit dipercayai dadah jenis methamphetamine.

Empat yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 petang itu penumpang Toyota Vellfire, Raihan Mohamad, 43, dan tiga anaknya, Ahda Dalili Mohd, Nazri, 14; Ahmad Muaz Mohd. Nazri, 7, dan Ahda Imtinan Mohd. Nazri berusia empat tahun.

Suami Raihan yang juga pemandu Toyota Vellfire, Mohd. Nazri Hamid, 43, guru di Gua Musang, Kelantan mengalami kecederaan dan patah tangan kiri.

Pemandu Nissan Navara, Ahmad Fuad Mohammad Salleh, 43, mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan awal mendapati, Toyota Vellfire terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri kahwin.

“Apabila sampai di tempat kejadian, Toyota Vellfire terbabit telah membelok masuk ke simpang kanan selepas lampu isyarat hijau dan mendapati kenderaan di sebelah kanan arah bertentangan telah berhenti di lorong kanan.

“Tiba-tiba Nissan Navara yang datang dari arah hadapan (dipercayai tidak berhenti semasa lampu isyarat merah) di lorong kiri terus melanggar bahagian hadapan Toyota Vellfire lalu berpusing dan melanggar besi pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, empat mangsa dalam Toyota Vellfire mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu Nissan Navara mengalami pendarahan di kepala dan dihantar ke hospital Temerloh. Ujian awal air kencing di Hospital Bentong mendapati pemandu Nissan Navara positif dadah jenis opiate, amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata, siasatan berhubung kejadian itu diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : wowberitamy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.