Info

“Saya Bukan MusIim, Saya 0rang Cina.Tapi Saya Suka Berhijab”

Buktinya, seorang pengguna Tw1iter atas nama Jia Qingg mengakui beliau gemar, bahkan beliau sering kelihatan memakai tudung untuk ke mana-mana jua.

Tidak kira apa pun kaum, tudung sangat sinonim dengan masyarakat beragama Islam di negara ini. Namun, gaya pemakaian tudung sebagai fesyen kini kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat bukan muslim.

“Saya orang Cina, saya suka berhijab (bertudung),” tulisnya di Tw1tter kelmarin. Hantaran yang dikongsi 4,900 warga maya setakat ini turut memuatkan beliau mengenakan tudung di tepi jalan raya

Menjawab pertanyaan ramai, Jia Qingg mengakui selesa bertudung mungkin disebabkan beliau berkawan dengan ramai orang Melayu.

“Mungkin sebab saya dah berkawan lama dengan orang Melayu kot, bila saya tengok kawan bertudung nampak ayu saja semua. Saya tertarik dengan Melayu sebab bila tutup aurat rasa tenang saja,” kata gadis berasal dari Kedah.

Memuat naik foto pertama kali bertudung, Jia Qingg pada bebenang sama berkata beliau mula mencuba tudung, dipercayai milik rakan sekolahnya, sejak tahun lalu dan berhasrat untuk terus memakainya setiap hari.

Selain beliau, beberapa wanita keturunan Tionghua lain, juga bukan beragama Islam turut berkongsi cita rasa, bahkan mereka turut memuat naik foto bertudung pada bebenang sama.

Semakan ProjekMM mendapati foto bertudung yang dimuat naik ke Tw1tter sangat mirip wajah sebenar mereka pada profil Tw1tter.

Selain itu, kebanyakan warga maya memuji kecantikan mereka apabila mengenakan tudung, malah ada antara mereka mengajak untuk menganut Islam.

Untuk rekod, berdasarkan laman web Islami.co, pemakaian tudung juga diamal wanita Yahudi berdasarkan kitab Talmud.

Contohnya, kelompok Yahvdi di Lev Tahor di Kanada yang kuat menentang zi0nisme ke atas P4lestin, memakai tudung dan busana labuh serta longgar.

Semoga diberi hidayah oleh Allah untuk memasuki agama yang benar iaitu agama islam.

Sumber : jatimedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.