Info

M4ut tercampak ke gaung seIepas motosikaI remp.uh MPV

Ipoh: Seorang lelaki maut selepas tercampak ke dalam gaung sejurus motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di KM 29 Jalan Keramat Pulai- Cameron Highlands, di sini, kelmarin.

Rakaman dashcam dibawah.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu menyebabkan lelaki berusia dalam lingkungan 30 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata siasatan awal mendapati motosikal jenis SYM Jetx yang ditunggang lelaki itu dari arah Cameron Highlands menghala Simpang Pulai hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan.

Katanya, keadaan itu justeru menyebabkan berlaku pertembungan antara motosikal itu dengan MPV jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun dari arah bertentangan.

Katanya, keadaan itu justeru menyebabkan berlaku pertembungan antara motosikal itu dengan MPV jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terbabit tercampak ke dalam gaung sebelah kiri jalan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Keadaan jalan di tempat kejadian adalah jalan lurus menuruni bukit, landai, mempunyai garisan tengah berkembar, rata berturap dan kering. Keadaan cuaca semasa kejadian adalah baik dan cerah di waktu siang,” katanya ketika dihubungi awal pagi tadi.

Menurutnya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menjalani bedah siasat.

Katanya, siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular sebuah video rakaman kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) berdurasi 58 saat sejak semalam memaparkan detik sebuah motosikal yang ditunggang seorang individu merempuh bahagian hadapan kenderaan yang dipasang ‘dashcam’ terbabit.

Sumber : ondeondepetang

Leave a Reply

Your email address will not be published.