Info

Akibat Pengaruh PUBG, Seorang Kanak2 Menemb4k M4ti Ahli Keluarga.

Seorang kanak-kanak berusia 14 tahun dilaporkan telah menembak mati 4 ahli keluarganya pada bulan Januari lalu.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Pakistan itu menyebabkan bapa kanak-kanak tersebut berusia 45 tahun maut ditembak. 3 lagi mangsa adalah abang kanak-kanak itu berusia 22 tahun dan 2 lagi kakaknya masing-masing berusia 17 dan 11 tahun.

Polis Pakistan yang insiden itu percaya bahawa kanak-kanak itu terpengaruh dengan permainan atas talian popular PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Insiden itu dilaporkan berlaku selepas bapa kanak-kanak itu memarahinya kerana menghabiskan masa terlalu lama bermain permainan tersebut.

Akibat berang dengan teguran itu, kanak-kanak itu telah mengambil pistol dari milik ibunya lalu menembak 4 ahli keluarganya itu.

Walaubagaimanapun, seorang lagi ahli keluarga kanak-kanak itu dilaporkan tidak ditembak dan terselamat dalam insiden tersebut.

Ekoran kejadian itu, pihak polis Pakistan dilaporkan akan bertindak mengharamkan permainan PUBG di negara tersebut.

Lahore: Seorang remaja lelaki tergamak menembak dan membunuh ibu, abang dan dua adik perempuannya selepas menjadi ketagih dengan permainan video.

Portal Mirror melaporkan, Zain Ali, 14, dari Lahore, Pakistan, ditahan selepas pembantu rumah menemukan mayat mangsa.

Menurut pegawai polis, budak lelaki itu memegang pistol ibunya selepas gagal mencapai misi dalam permainan itu.

Dia kemudian menembak ibunya, Nahid Mubarak, 45.

Remaja itu kemudian menembak kakaknya, Mahnoor Fatima, 14, yang datang dari bilik lain selepas mendengar bunyi tembakan pertama.

Kemudian, dia membunuh seorang lagi adik perempuannya, Jannat, 10, dan abangnya, Taimur, 22.

Kejadian beraku di di rumah keluarga itu di kawasan Kahna di sini.

Remaja itu kemudian dilaporkan meninggalkan rumah untuk membuang pistol ke dalam longkang sebelum kembali semula ke rumah dan berpura-pura tidur.

Polis menahannya selepas mendapati kesan darah pada pakaiannya dan kesan darah menuju ke tingkat atas bangunan itu, tempat dia tidur.

Polis berkata, suspek kemudiannya mengaku membunuh keluarganya ketika keadaan marah, dan dia percaya mereka akan hidup semula sebaik sahaja tugasnya selesai.

Satu kenyataan daripada polis berkata: “Remaja ini ketagih permainan PUBG dan mengaku membunuh ibu dan adik-beradiknya di bawah pengaruh permainan itu.

“Dia mengalami beberapa isu psikologi kerana menghabiskan masa yang panjang sepanjang hari bermain permainan dalam talian,” katanya.

Sumber : wisermy/harianmetro

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.