Info Keluarga

LeIaki m4ut, anak 4 tahun patah kaki motosikaI diremp.uh kereta

TAPAH – Seorang lelaki maut manakala anak lelakinya berusia empat tahun cedera selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 50, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur berhampiran Chederiang di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Annuar Zakariah, 48, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Anaknya yang juga pembonceng mengalami kecederaan patah tulang kaki kanan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan mendapati dua beranak terbabit menaiki motosikal jenis Modenas Kriss manakala kereta jenis Perodua Axia dipandu remaja lelaki berusia 18 tahun.

Menurutnya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya Kampung Batu Masjid, Temoh di sini.

Siasatan awal mendapati kereta terbabit dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai telah masuk ke lorong bertentangan dan seterusnya melanggar motosikal mangsa yang dalam perjalanan balik ke rumah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, ekoran kemalangan itu, penunggang mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya yang patah kaki kanan dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

“Mayatnya penunggang dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, bedah siasat dijalankan pada Isnin selepas menerima keputusan ujian Covid-19 bagi mengetahui punca kematian.

“Pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu namun ditahan untuk siasatan.

“Remaja terbabit ditahan bagi menjalani ujian saringan air kencing dan lain-lain.

Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : ondeondepetang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.