Info Semasa

Tragedi, Penunggang Motosikal M4ut Trsepit celah Tayar Lori kontena

SUNGAI BULOH – Seorang penunggang motosikal maut akibat tersepit di bahagian tayar belakang sebuah kontena dalam kemalangan di Jalan Sungai Buloh menghala Damansara Damai, di sini, pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.16 pagi.

“Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati kemalangan membabitkan sebuah kontena dengan sebuah motosikal Honda EX5.

“Mangsa, Danial Imran Kamarolzaman, 31, didapati tersepit di bahagian tayar belakang kontena berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, anggota bertugas bertindak membawa keluar mangsa menggunakan peralatan ‘air lifting bag’ dan bantuan excavator.

“Kami mengambil masa beberapa minit bagi mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : wowberitamy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.