Info Semasa

Minta laluan nak tukar lorong, pemandu berlagak tunjuk gari dari dalam kereta

Sejak semalam, tular di media sosial satu video menunjukkan seorang pemandu kereta yang cuba untuk mencelah kenderaan lain  sambil menunjukkan gaya gangster di jalan raya.

Video yang dikongsikan di laman Facebook Dashcam Owner Malaysia oleh Aaron Goh telah mendapat perhatian warganet kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dibuat pemandu tersebut.

TONTON RAKAMAN VIDEO BAWAH SEKALI

Mana tidaknya, pemandu kereta itu telah memotong kenderaan lain dengan cara menunjukkan gari tanpa memasang signal

       

Susulan daripada itu, pengguna Facebook berkenaan berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat pemilik kenderaan tersebut serta pemandunya kerana ia merupakan salah satu kesalahan ketika memandu di jalan raya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui geram melihat kejadian tersebut.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan mereka merasakan pemandu terbabit bukanlah anggota pihak berkuasa melihat dari kenderaan yang digunakan. Justeru itu, mereka menggesa pemilik video tersebut segera membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku.

           

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Sumber : ohtrending

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.