Info Semasa

Pilu, Dua Beradik M4ut Diprcayai Memakan Sisa Mknn Dri Tong Smpah

Kredit Gambar : Utusan 

LANGKAWI: Dua beradik warganegara Myanmar maut selepas dipercayai makan sisa makanan yang tercemar di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kanak-kanak tersebut, Nizambudin Jamaludin, 4, dan adiknya, Ngei Jamaludin, 2, ditemukan oleh bapanya, Jamaludin, 36, di kawasan tong sampah di kampung tersebut pada pukul 5.40 petang.

“Bapanya mendapati kedua-dua anaknya dalam keadaan terhuyung-hayang dan mengangkat kedua mereka ke rumah jiran.

“Dia kemudian menyedari mulut kedua anaknya berbuih dan tidak bernafas beberapa minit selepas itu,” katanya di sini malam ini.

Shariman berkata, susulan itu, penduduk kampung bertindak menghubungi polis dan  kakitangan Hospital Sultanah Maliha (HSM) yang tiba di kawasan tersebut mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak tersebut dipercayai mengutip sisa makanan di tong sampah tersebut dan memakannya sebelum meninggal dunia.

Jelasnya, bapa kedua kanak-kanak itu hanya bekerja mengambil upah membaiki bot dan melakukan kerja-kerja kampung.

Katanya, keluarga itu juga tidak mempunyai rumah sendiri sebaliknya hanya menumpang di rumah-rumah jiran mereka di kawasan tersebut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat kedua kanak-kanak itu dibawa ke HSM untuk ujian saringan Covid-19 serta bedah siasat,” jelasnya. – Utusan

Sumber : utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.