Info Keluarga

Pelajar Baru Selesai Peperiksaan ‘SPM’ M4ut Dalam KemaIangan Perjalanan Pulang

BANDAR BAHARU: Seorang pelajar yang  baru selesai menduduki peperiksaan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Serdang-Selama, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 1.30  petang itu, mangsa, Nurul Fateha Amyra Saiful Nizam,18, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serdang, di sini maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintenden Akmal Hizam Abd. Khupur berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda gagal memotong sebuah lori dan memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan  pacuan empat roda jenis Mitshubishi Frontier.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Selama menghala ke Serdang.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak dan terjatuh di atas jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akmal Hizam memberitahu, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk urusan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, dalam satu hantaran Facebook SMK Serdang memuat naik ucapan takziah pihak sekolah kepada ahli keluarga mangsa.

Melalui paparan hantaran itu, mangsa dimaklumkan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menduduki peperiksaan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Inggeris sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda.

Sumber : ondeondepetang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.