Info

Guru besar maut nahas 2 kenderaan kereta bertembung myvi

REMBAU – Seorang pesara guru dengan tugas terakhir sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Hampar maut tersepit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer tiga, Jalan Sedia Raja-Mampong, berdekatan Jalan Perigi Gaung, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, mangsa, Sulaiman Harun, 79, beralamat di Kampung Seberang Batu Hampar Hilir disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh pesara guru berkenaan dan Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 56 tahun.

“Siasatan awal mendapati pemandu Myvi dalam perjalanan dari arah Sedia Raja menghala ke Mampong. Sampai tempat kejadian dipercayai telah bertembong dengan pemandu kancil yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan, pemandu kancil telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat setelah keputusan ujian calitan Covid-19 diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hazri, seorang lagi pemandu kereta jenis Produa Myvi mengalami kecederaan patah kaki kanan dan kini berada di Zon Kuning, Hospital Rembau bagi rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Susulan kemalangan berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada pukul 8.43 pagi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Arif Ahmad Osasi, pihaknya tiba di lokasi pada 8.52 pagi dan mangsa yang tersepit iaitu pemandu kereta Produa Kancil berjaya dikeluarkan dalam tempoh lima minit.

Sumber : hangitsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.