Info Keluarga

Bukan bahagia tapi derit4 semakin parah selepas diijabkabul… pengantin perempuan mimpi ada sesuatu berbisik “suami bukan sayang awak pun…”

PENDER1TAAN seorang wanita ini berakhir dengan tr4gis sekali.

Dugaan demi dugaan yang ditempuhi akibat dis1hir sejak tahun 2017 ternyata telah memberi impak buruk terhadap Zullini Akmal Alias, 29, sehingga membawa m4ut pada 17 Februari, Khamis lalu.

Hal ini diceritakan semula oleh ibu saudaranya, Nana Hassan, 35, yang melihat sendiri anak saudaranya ini hidup dalam keadaan terseks4 dipercayai akibat perbuatan terkvtuk orang lain.

Berkongsi kesedihannya menerusi rakaman video di media sosial, Nana begitu terkesan berikutan pemergiaan Zullini setelah dua minggu berkahwin akibat dis1hir.

“Setahu saya dia kena s1hir dah lama sejak 2017. Tapi kesan sih1r tu tak kuat lagi masa dia bujang. Sejak kahwin dua minggu lepas, makin menjadi-jadi pula.

“Dalam dua minggu kahwin tu, keadaan dia makin teruk sampai tak boleh bangun. Dia meracau sampai tak boleh tidur. Suami dia kena sentiasa ada teman. Sampai suami nak pergi kerja pun tak boleh,” kata Nana ketika dihubungi mStar.

Jelas Nana yang menetap di Felda Sungai Nerek, Temerloh, Pahang ini, setelah anak saudaranya diijabkabulkan pada 2 Februari 2022, banyak kejadian aneh berlaku terhadap Zullini.

Zullini dan suaminya telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 2 Februari 2022.

Tambah wanita ini lagi, bukan sahaja kesihatan Zullini terganggu, malah terpaksa berhadapan peristiwa mistik seperti bermimpi bisikan jahat yang menyampaikan perkara bukan-bukan.

“Masa malam pertama lepas berkahwin, dia sakit. Dia tumpah darah yang sangat banyak macam orang keguguran sedangkan dia tak datang haid pun malam tu. Jadi dia terpaksa pindah dari Chenor ke Sungai Nerek untuk berubat.

Saya sangat rapat dengan arwah. Masa hari dia meningg4l, memang saya tak sanggup nak tengok.

NANA HASSAN

“Keesokkan harinya pula, dia mengadu badan tak sihat. Kesian tengok dia lemah saja. Dah tak nampak air muka dia sebenar. Jadi lesu sebab muntah sampai keluar darah. Macam-macam barang arwah pernah muntah. Serbuk kaca, rambut, benang, hama dan ulat.

“Masa dia meracau tu mungkin ada gangguan mistik. Arwah pernah beritahu saya, dia mimpi ada ‘benda’ datang dekat dia cakap ‘Suami awak bukan sayang dekat awak sangat pun… Tak payahlah nak pergi berubat beria sangat,” ujar ibu saudaranya.

Malah, kata Nana, mereka membawa anak saudaranya menjalani rawatan alternatif dan perubatan Islam apabila keadaannya semakin parah sehinggalah dia menghembus nafas terakhir pada jam 11.47pagi, Khamis.

“Kami ada ikhtiar bawa dia berubat. Ada ustaz datang untuk rawat dia di rumah nenek (ibu Nana) di Sungai Nerek. Ustaz cuma beritahu ada orang hantar santau. Hamba Allah tu dengki dan busuk hati, mungkin tak suka tengok dia kahwin.

“Saya sangat rapat dengan arwah. Masa hari dia meningg4l, memang saya tak sanggup nak tengok. Pagi tu memang nazak sangat keadaan dia sebelum hembusan nafas terakhir.

Nana (kanan) adalah ibu saudara yang sangat rapat dengan arwah.

“Badan dia memang tak payah cakaplah, memang susut. Dia memang tak boleh bercakap langsung. Nafas dia kuat sangat, sampai ada darah keluar melalui mulut,” jelas Nana yang kemudian akui meremang bulu romanya menceritakan semula kejadian itu.

Menurutnya lagi, melihat cara anak saudara kesayangannya meninggal dunia sungguh menyedihkan, namun Nana reda dan menganggap ia sebagai teguran Allah juga buat dirinya serta orang lain.

Dalam pada itu, Nana turut menitipkan pesan buat individu yang berniat jahat sehingga sanggup melakukan perbuatan keji ini agar sentiasa ingat dengan hukuman Allah.

Antara gambar perkongsian oleh Nana semasa hari bahagia Zullini.

“Mungkin si pelaku rasa puas bila dapat lepaskan kemarahan dan kedengkian pada orang lain. Tapi kena ingat balasan Allah akan lebih teruk untuk golongan yang syirik ni.

“Saya dan keluarga tak akan balas perbuatan si pelaku kalau kami tahu pun dia siapa. Semoga dia bertaubat daripada main sihir dan santau ni dan kembali ke jalan Allah,” kata Nana mengakhiri cerita menyayat hati anak saudaranya.

Sumber : oknews

Leave a Reply

Your email address will not be published.