Info Keluarga Semasa

“Demi Ibu Tercinta..” Reaksi Netlzen Melihat Gadis Ini Berpaut Pada Jambatan Runtuh

Detik cemas itu dapat dirasai menerusi satu video, menyaksikan seorang gadis sanggup menggadaikanNyawa berpaut pada jambatan yang runtuh, dipercayai berlaku susulan hujan lebat.

Menurut video tular berdurasi 25 saat itu, is dikatakan berlaku di Belukar Bukit di Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu. Gadis berkenaan yang hanya berpaut pada besi penghadang jalan itu sanggup menempuh b@haya demi bertemu ibu tercinta.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada Isnin petang.

Individu yang berkongsi video tersebut di laman sosial memberitahu, dia pertama kali ke kawasan dekat Jalan Belukar Bukit bagi melakukan misi bantuan banjlr.

“Allahuakbar… kuat semangat mu dik. Demi bertemu ibu tercinta,” menurutnya sambil memaklumkan di ruangan komen bahawa jambatan di Belukar Bukit itu merupakan jalan menghubungkan antara Ajil dan Betong.

Rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan gadis tersebut yang sanggup menggadaikanNyawa.

“Jgn b@hayakan diri. Guna jalan yang lain dulu sebelum jambatan dibina balik.”
“Ya Allah kasihan pula,” demikian antara komen-komen netizen.

Pasukan penyelamat sedang membantu memindahkan mngsa yang terjejas banjlr. foto APM Penjelasan individu yang berkongsi video itu bagaimanapun melegakan banyak pihak.

“Alhamdulillah… segala puji bagi Allah. Adik ni selamat dan bertemu ibunya. “Mungkin lepas ni dia pun tkut. Mungkin tadi dia terlalu rindukan dan semangat untuk bertemu ibunya terlalu kuat. Doakan yang terbaik,” tambahnya.

Tambah pengguna TlkTok itu lagi, dia dimaklumkan bahawa bekalan elektrik dan air di kawasan itu terputus sejak Sabtu.

“Info daripada orang situ… semua bekalan elektrik dah tiada kat situ akibat banjlr kelmarin termasuk air,” katanya. Video yang dikongsikan pengguna TikTok @PaaWork83 sejak Isnin malam itu meraih lebih 230,000 tontonan.

Pengguna TlkTok @PaaWork83 memaklumkan mengenai keadaan gadis berkenaan.
Hujan yang berterusan di negeri Pantai Timur sejak Jumaat lalu menyebabkan banjir di luar kebiasaan.

Dilaporkan, mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 17,742 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri itu, pagi Selasa.

la menyaksikan 141 PPS dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa daripada 4,557 keluarga.
Pada Isnin, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu setelah ditemukan lemas berhampiran rumahnya di Kampung Cheneh Baru di Kemaman kira-kira pukul 3 petang.

Sumber : transformasipw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.