Info Keluarga

Hasrat tunai umrah tak kesampaian, isteri maut digilis kereta

MELAKA – Seorang wanita maut manakala suaminya parah dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral di sini semalam.

Mangsa, Adawiyah Zakaria, 41 yang dibonceng suaminya, Looy Mohammad Brah, 34, disahkan maut di Hospital Melaka selepas dua jam menerima rawatan di zon merah manakala suaminya turut dilaporkan kritikal dalam kejadian 1.50 tengah hari itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai peniaga makanana di Medan Selera Limbongan sedang menghala ke Malim dari arah pasar raya Lotus.

“Pasangan yang menaiki motosikal jenis Modenas GT ketika itu difahamkan sedang dalam perjalanan menguruskan beberapa dokumen untuk mengerjakan umrah.

“Bagaimanapun apabila ditempat kejadian, motosikal ditunggang suaminya dipercayai terlanggar belakang bumper kanan kereta jenis Mazda CX-5 dipandu kerani berusia 47 tahun yang bergerak dari arah sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pelanggaran itu mengakibatkan Adawiyah tercampak di tengah jalan manakala suaminya tercampak di bahagian kanan jalan tiga lorong berkenaan.

Pada masa sama, katanya sebuah lagi kereta jenis Proton Wira Aeroback dipandu warga emas berusia 61 tahun tidak sempat mengelak lalu merempuhnya menyebabkan mangsa terperosok di bawah kereta.

“Kedua-dua mangsa suami isteri yang parah di kepala dan badan kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka dan telah dirawat di zon merah sebelum isterinya disahkan meninggal dunia pada jam 3.50 petang.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – MalaysiaGazette

Sumber : wowberitamy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.