Info

Alami Sesak Nafas, Ali XPDC Terpaksa ‘Ditidurkan’, Keluarga Pohon Doa Orang Ramai

Kuala Lumpur: Penyanyi, Ali XPDC, 53, yang dimasukkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu terpaksa ditidurkan hari ini selepas mengalami kesukaran bernafas.

Isterinya, Sharifah Syarzana dalam satu kiriman suara kepada rakannya memohon semua peminat terutama rakan-rakan suaminya melakukan solat hajat dan bacaan Yassin untuk kesejahteraan Ali.

“Keadaannya 50 /50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hospital,” katanya.

Sementara itu, Facebook Sahabat XPDC turut memuat naik status terkini Ali kepada peminat mereka.

“Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 malam hari ini. Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.

“Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah. Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah ‘tidurkan’ sementara buat masa ini. Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi di ditidurkan dan dipantau,” tulisnya.

Mereka turut memaklumkan Ali tidak dijangkiti Covid-19, cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan Covid-19.

“Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat. Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat untuk kesihatan Mohd Ali Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu,” katanya.

Terdahulu, Ali dikejarkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu apabila tiba-tiba didapati tidak bermaya ketika mahu makan selepas selesai berlatih di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.

Mereka berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.

Sumber : ondeondepetang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.