Info Semasa

Pengawal keselamatan m4ut, seorang cedera ditembak di Puchong Prima

SUBANG – Seorang pengawal keselamatan maut manakala rakan sekerjanya cedera akibat ditembak dalam kejadian rompakan berdekatan sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pengawal keselamatan itu sedang membawa sejumlah wang.

“Mereka dikatakan sedang mengawal van keselamatan berkenaan ketika kejadian.

“Suspek yang menembak kedua-dua mangsa dipercayai berjaya meloloskan diri,” ujarnya.

Jelas beliau, maklumat lanjut berkenaan kejadian itu belum dapat dipastikan.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut sama ada kedua-dua mangsa hendak mengambil wang dari bank tersebut atau mengeluarkan wang dari van untuk dibawa ke bank di lokasi kejadian,” ujarnya.

Innalillahiwainnailaihirajiun

Crew yang meninggal. Bersamalah kita mendoakan beliau agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan roh orang² yang beriman. Aamiin

Kejadian rompakan wang kat abg safeguard berlaku depan mata sendiri. Berlaku tembak menembak. Sorang abg safeguard tumbang terkena tembakan. Perompak berjaya larikan satu bag. Kejadian kat depan Hong Leong Bank Puchong Prima.

Sumber : ondeondepetang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.