Info Semasa

Penyelia kedai buku sekolah dibunuh, mayat dibakar sehingga rentung di bengkel sekolah

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita yang rentung, dalam kebakaran di bengkel kemahiran hidup sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Izham Jaafar berkata suspek berusia 30-an itu ditahan pada pukul 6 petang di lokasi kebakaran.

“Mangsa yang rentung dikenal pasti sebagai penyelia kedai buku di sekolah berkenaan yang berumur 25 tahun, dan mayatnya telah diserahkan kepada Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata sebuah jentera bersama lapan anggota dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu.

Menurutnya mayat wanita itu ditemukan selepas kerja-kerja memadam kebakaran selesai.

Sumber : hangitsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.